Saturday, 2 January 2021

Program Save 2.0: Daftar Sekarang & Terima Baucar Shopee RM200 Setiap Keluarga

 



Program Save 2.0 ialah sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekpa tenaga berlabl 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Program ini dilaksanakan oleh SEDAMalaysia di bawah Kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan kolaborasi dengan Shopee bagi meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Apakah kriteria kelayakan untuk kita daftar?

✔ Warganegara Malaysia
✔ Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti                             TNB, SSEB, SEB
✔ Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara ATAU peti sejuk berlabel 4                              ATAU 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021, dan
✔ 1 akaun bil, 1 e-Rebat & first come first serve basis



Cara Daftar Program Save 2.0

1. Buka aplikasi Shopee di telefon bimbit anda atau sini
2. Klik Daftar Sekarang pada poster Program Save 2.0
3. Masukkan maklumat akaun bil elektrik dan maklumat lain yang diminta. Klik SUBMIT




4. Anda akan dimaklumkan dalam masa 14 hari bekerja untuk status permohonan anda
5. Baucar RM200 akan kredit ke dalam Shopee Wallet anda setelah permohonan anda telah diluluskan。 




Sekiranya anda mengalamii masalah, anda boleh menghubungi pegawai tersedia di SEDA seperti berikut:

🏷️ Pasukan Khas Program Save 2.0
    Bahagian Pembangunan dan Fasiliti Teknikal 
    SEDA Malaysia

📲 +603 8870 5800